Cerita Seram...

Cerita ni berlaku kira-kira sebulan lepas berhampiran Karak. Suatu malam, seorang lelaki memandu kereta dari KL menuju Kuantan dan dia membuat keputusan untuk tidak melalui LPT kerana mahu menikmati pemandangan sepanjang jalan lama.Malang menimpa, keretanya tiba-tiba rosak dan dia terperangkap di sebuah jalan sunyi. Di kiri kanannya hutan. Hujan turun dengan lebat dan hari bertambah gelap. Masa berlalu, namun masih tiada sebuah kereta pun yang lalu.Dia membuat keputusan untuk berjalan kaki ke pekan paling hampir.

Akhirnya setelah lama berjalan kaki, dia melihat sebuah kereta menghala ke arahnya. Kereta tersebut bergerak perlahan dan akhirnya sampai di sisinya. Tanpa berfikir panjang dia terus membuka pintu dan duduk di seat belakang. Gembira kerana diselamatkan dari kesejukan dan kepekatan malam. Dia pun mahu mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menyelamatkannya.. membongkokkan badannya ke hadapan. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut kerana kerana kereta tersebut tiada pemandu!!!!Walaupun kereta tersebut tiada pemandu, tanpa kedengaran bunyi enjin namun ianya masih lagi bergerak perlahan.

Dari cahaya lampu kereta itu, lelaki tersebut melihat satu selekoh tajam di hadapan. . Dia yang menggigil ketakutan tak henti-henti memanjatkan doa kepada tuhan. Ya Allah, ampunilah diriku dan selamatkanlah diriku dari jatuh ke dalam gaung di hadapan!!! Ketika dia masih lagi dalam ketakutan dan terkejut, kereta tersebut tiba di selekoh dan tidak semena-mena muncullah satu tangan dari tingkap kereta dan memulas stering kereta tersebut. Maka bertambahlah ketakutan di dalam dirinya. Dirasakan dirinya hampir lumpuh dan lemah longlai kerana ketakutan yang amat sangat. Di kejauhan dia ternampak cahaya lampu dari pekan di hadapan. Dengan saki baki kekuatan yang ada dalam dirinya, dia menggagahkan dirinya melompat keluar dari kereta tersebut dan berlari sekuat hati ke pekan itu.

Akhirnya dia berhenti di sebuah kopitiam dan memesan minuman. Setelah melepaskan lelahnya, dia mula bercerita mengenai pengalamannya tadi kepada beberapa orang yang ada di kopitiam tersebut. Keadaan di dalam kopitiam tersebut sunyi dan sepi mendengarkan cerita lelaki tersebut. Tiba-tiba kopitiam tersebut dimasuki oleh dua orang Nigeria, Joshua dan Nigel. Joshua menundingkan jarinya kepada lelaki tersebut dan berkata…. “Look Nigel - that's the idiot who got into our car when we were pushing it.”

koi Rase…

Gulai Patin Temerloh


sempena dengan PRK dun Kerdau ni, yang terletak berhampiran dgn bandar temerloh, jadi makanan yang menjadi pilihan ramai tentulah ikan patin masak tempoyak.. yang ramai mmg dah tau Temerloh digelar bandar ikan patin. bandar temerloh yang terletak di tgh2 perjalanan antara kuantan ke kuala lumpur.

disini koi nak kongsi gambar ( gambar je la kan) gulai ikan patin masak tempoyak yang menjadi makanan kegemaran koi. lebih lagi yang mak koi masak sendiri.. pergh mmg terbaik la.. takde kedai boleh lawan.. huhu.. kalau koi balik, kampung je mak koi mesti masak punye lah.. dan bile nak balik semula ke U mesti die bungkus plak.. malas nak cite cara masak sbb koi tak tau pun.. huhu tau makan je.. kat sini ikan patin mudah didapati dan harga tak mahal mane pun.. bile koi letak gambar gulai ni kat FB mmg ramai yg komen dan like.. huhu..

koi Rase…

Gong Xi Fa Cai


Selamat Tahun Baru Cina.. Gong xi fa cai.. kepada seluruh kaum cina dan juga kaum lain gak di Malaysia..

Best kita kat Malaysia ni dapat sambut banyak perayaan. Walaupun raya cina.. huhu.. mcm biasa org sebut la kan.. mesti ada adat kunjung mengunjung ke rumah rakan2 dan sanak saudara kita.. td koi pg la umah bos lama koi.. dpt minum air tin pun dah ok.. tp bukan yg haram ye.. yang penting “angpow“ huhu..

koi Rase…