Gambar- gambar sekitar perlumbaan Malaysia Cub Prix pada pusingan ke 8 di Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang pada 24 oktober 2010

Gambar- gambar sekitar perlumbaan Malaysia Cub Prix pada pusingan ke 8 di Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang pada 24 oktober 2010
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
sama-sama kita kongsi lagi ilmu. ape yang koi baca koi kongsi ngan aukme sumer
koi Rase…
Daulat Tuanku
Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,
Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum
Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah
Sempena
Hari keputeraan baginda pada 24 Oktober 2010
Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah, telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan pada 24 Oktober 1930. Baginda merupakan anakanda ketiga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Al-Mu’tasim Billah dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Ampuan Fatimah Bt Sultan Iskandar Shah (Tengku Ampuan Besar Pahang)
Ampun Tuanku..
koi Rase…
koi Rase…
Pertama:-
'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:-
'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:-
'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:-
'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
Sama-sama kita ambil ikhtibar dan harap sebarkan kepada rakan-rakan kita juga.
koi Rase…
Kat sini koi nak kongsi ape yang koi baca daripada FB Utz Zaharuddin. Salah seorang penceramah agama yg koi suke. J.. mengenai kawalan nasfu syahwat kite.. sebagai remaja dan belum kawin ni, benda ni mmg ada pada diri kite termasuk koi jugak. kalau ada yang berminat deme sume boleh la klik kat link ustaz ni ye.. Insyallah benda baik kite same2 kongsi..
KAWALAN
Panduan Kawalan nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-
وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )
17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )
Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)
Oleh: Zaharuddin Abd Rahman
koi Rase…
Jam 2 pagi - gerak dari Pekan. 3 pg sampai di UMP ambil Najmi. 6.30pg solat subuh di masjid Kg Tengkawang. 7.30 gerak dr masjid g makn pagi di selera tasik. 11 pg sampai kat Rantau Panjang.. 2.30 keluar dari pekan Rantau Panjang, sembahyg di masjid beijing.. 4 ptg tiba di kuala krai. 4.57 ptg naik boot menuju ke Kg Bahagia. 5.32 sampai . 5.45 ptg sampai umah Abe.
09.08.2010
1.50 ptg naik bot, sampai Jam 2.20 ptg.. Jam 3.15 tggu Mad di pengkalan bot. Gerak kul 4 ptg dari Kuala Krai. 5.50 ptg Sembahyang di masjid Permaisuri, Setiu Terengganu. 7.45 sembahyang di hentian Bukit Besi Dungun. Perjalanan diteruskan ke Kuantan. jam 10.30 sampai di bukit Goh rumah bapa Saudara Abe. jam 12mlm sampai di Gambang hantar Najmi dan buah-buahan. Singgah makan di Gambang, jam 1 pagi baru gerak balik ke Pekan dan sampai jam 2 pagi.
Cerita skit..
Awalnya nak gerak jam 1.30pg, tapi kereta abe lampu belakang takde pulak, takut kena saman JPJ terpaksa la baiki lampu tu jap. Last2 jam 2 pagi baru gerak, mulanya aku drive, tapi memang ngantuk la, seksa betul rasanya nak sampai ke gambang, sampai gambang je aku bagitau Abe aku ngantuk sangat dan suruh die drive. Abe drive dari gambang sampai la ke Masjid tempat kami solat subuh. Lepas tu aku drive.
Jalan2 di rantau panjang, membeli belah, jalan2 tangok2 makan. Lepas tu balik sebab kena awal nanti takde boot nak balik ke kampung abe. Sebelum tu hantar Mad dulu. Kebetulan masa tiba di pengkalan boot untuk hantak Mad tu hujan turun dgn lebat nye. Tak dapat la turun tengok. Kami teruskan perjalanan ke Kuala Krai.
Seronok dan teruja naik boot, bukan tak pernah tapi untuk suasana lain sangat best. Dah la boot tu kecik je, ‘live jacket’ pun takde. Huhu ngeri sungguh aku. Tapi aku suka enjin boot tu memang power. Pekak aku, dah la duduk kat belakang skali.
Perjalanan ambil masa 30 minit untuk sampai ke kampung Bahagia. Best kampung ni aman tenang je, kebetulan time tu musin buah, wah lagi best la. Walaupun hampir sehari je duk sane tapi banyak kenangan. Nanti ingat nak buat trip ke rumah abe lagi, ajak ramai lagi lepas ni.
koi Rase…
koi Rase…