Go Kart..

Koi ngan go kart ni sebenarnye tak pernah main pun.. koi berminat nak main, dan byk kali berpeluang kalau nak main pun, tapi mcm mls je.. huhu..

hinggalah koi n the gang kena baiki semula go kart yang dah lame rosak n tak hidup kat bengkel.. hahaha.. koi ngan enjin ni dah biasa sbb dulu pernah jadi mekanik.. :).. baiki selama 4 hari akhirnya 3 go kart berjaya dihidupkan dan diberi warna baru.. ni la first time koi bwk go kart, syok giler.. pas baiki koi la yang pg test.. huhu.. mmg puas hati la..

pape hal thank u kepada Jp . kwn2 aku terutama Dr Syah n kwn aku Rashdan sbb ajar aku byk pasal go kart n enjin.. :)



koi Rase…

hujung minggu tanpa kerja..

koi bangun pagi tadi sembahyang subuh, koi jemur baju yang direndam mlm td ngan soflan, dah basuh ye.. pastu tido balik, jam 9 pg koi bangun pastu ke luar tgk tv... sambil tu layan fb ngan blog..

kat tv koi nengok laporan sukan asia yang berlangsung sekarang.. tahniah skuad malaysia kerana capai sasaran 9 emas.. terbaik lah.. tahniah jugak kat skuad bola, takraw n hoki (sukan yg koi minat) sbb menunjukkan peningkatan.. harap lps ni kte dpt emas..

huhu kembali kepada xtvt koi tadi.. pas boring dgn semua tadi perut koi lapor plak.. tapi sebelum tu koi baiki plag elektrik kat umah koi ni yang dah nak nazak byk rosak je.. dgn pengtahuan daripada pengalaman yang ada maka 4 plag yang tak boleh guna akhirnya boleh guna.. yes ;)

pastu koi prepare nak masak pe, tgk dlm peti ada ikan, koi gaul ngan kunyit, masak nasi, pastu g mandi jap, g kedai beli telor ngan ais. pastu masak la.. huhu.. mkan la sorng2 sbb takde org kat umah.. wah kenyang kot.. huhu..

pastu sambung layan tv n internet lagi sambil baring n perut kenyang. ape lagi tetido la.. huhu jam 2 baru bangun, pastu solat.. sambung layan fb n blog lagi sambil tgk hindustan.. huhu dah lame tak layan kot hindustan ni..

masa layan fb tu koi nengok kwn koi ada masak "pizza megi" hahaha.. klaka je namenye.. diperbuat drpada megi n telor.. koi tanye la cara masak n bahan2nye.. pastu koi try masak la pe lagi kan.. best.. kenyang lagi.. haha..

hari dah petang koi g angkat baju dijemuran.. harini panas terik.. so semua baju kering la ye.. pastu koi boring start moto g jln2 dah maghrib baru blk.. sekian.. hujung mggu yang boring pada hari sabtu.. ;)
koi Rase…

Malaysia Cub Prix 2010

Gambar- gambar sekitar perlumbaan Malaysia Cub Prix pada pusingan ke 8 di Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang pada 24 oktober 2010

koi berkesempatan untuk pergi la, merioh ngat. ramai orang. cuaca pulak sgt baik, panas tapi kadang2 mendung. jgn ckp byk layan je nengok gambar kat bawah ni.













koi Rase…

4 Perkara

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


sama-sama kita kongsi lagi ilmu. ape yang koi baca koi kongsi ngan aukme sumer

koi Rase…

Hari keputeraan Sultan Pahang

Daulat Tuanku

Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,

Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum

Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah

Sempena

Hari keputeraan baginda pada 24 Oktober 2010


Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah, telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan pada 24 Oktober 1930. Baginda merupakan anakanda ketiga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Al-Mu’tasim Billah dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Ampuan Fatimah Bt Sultan Iskandar Shah (Tengku Ampuan Besar Pahang)

Ampun Tuanku..

koi Rase…

sebelum tidor tu..

ngantuk nye mate koi..
tapi sebelum tido tu aukme sume bace la dulu ni ye pesanan Rasullullah s.a.w.
koi nak kongsi je ngan aukme sumer, koi amik dari internet ni.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :


1.
Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2.
Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4.
Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

koi Rase…

4 golongan lelaki ke neraka

Pertama:-

'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:-

'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-

'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-

'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.


Sama-sama kita ambil ikhtibar dan harap sebarkan kepada rakan-rakan kita juga.

koi Rase…

Panduan Kawalan Nafsu Syahwat

Kat sini koi nak kongsi ape yang koi baca daripada FB Utz Zaharuddin. Salah seorang penceramah agama yg koi suke. J.. mengenai kawalan nasfu syahwat kite.. sebagai remaja dan belum kawin ni, benda ni mmg ada pada diri kite termasuk koi jugak. kalau ada yang berminat deme sume boleh la klik kat link ustaz ni ye.. Insyallah benda baik kite same2 kongsi..


www.zaharuddin.net

www.zaharuddin.blogspot.com

KAWALAN

Panduan Kawalan nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

  1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
  3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
  6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
  12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
  14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
  16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Oleh: Zaharuddin Abd Rahman

koi Rase…

Trip to Kg Bahagia, Kuala Krai.

08.08.2010

Jam 2 pagi - gerak dari Pekan. 3 pg sampai di UMP ambil Najmi. 6.30pg solat subuh di masjid Kg Tengkawang. 7.30 gerak dr masjid g makn pagi di selera tasik. 11 pg sampai kat Rantau Panjang.. 2.30 keluar dari pekan Rantau Panjang, sembahyg di masjid beijing.. 4 ptg tiba di kuala krai. 4.57 ptg naik boot menuju ke Kg Bahagia. 5.32 sampai . 5.45 ptg sampai umah Abe.


09.08.2010

1.50 ptg naik bot, sampai Jam 2.20 ptg.. Jam 3.15 tggu Mad di pengkalan bot. Gerak kul 4 ptg dari Kuala Krai. 5.50 ptg Sembahyang di masjid Permaisuri, Setiu Terengganu. 7.45 sembahyang di hentian Bukit Besi Dungun. Perjalanan diteruskan ke Kuantan. jam 10.30 sampai di bukit Goh rumah bapa Saudara Abe. jam 12mlm sampai di Gambang hantar Najmi dan buah-buahan. Singgah makan di Gambang, jam 1 pagi baru gerak balik ke Pekan dan sampai jam 2 pagi.


Cerita skit..

Awalnya nak gerak jam 1.30pg, tapi kereta abe lampu belakang takde pulak, takut kena saman JPJ terpaksa la baiki lampu tu jap. Last2 jam 2 pagi baru gerak, mulanya aku drive, tapi memang ngantuk la, seksa betul rasanya nak sampai ke gambang, sampai gambang je aku bagitau Abe aku ngantuk sangat dan suruh die drive. Abe drive dari gambang sampai la ke Masjid tempat kami solat subuh. Lepas tu aku drive.

Jalan2 di rantau panjang, membeli belah, jalan2 tangok2 makan. Lepas tu balik sebab kena awal nanti takde boot nak balik ke kampung abe. Sebelum tu hantar Mad dulu. Kebetulan masa tiba di pengkalan boot untuk hantak Mad tu hujan turun dgn lebat nye. Tak dapat la turun tengok. Kami teruskan perjalanan ke Kuala Krai.


Seronok dan teruja naik boot, bukan tak pernah tapi untuk suasana lain sangat best. Dah la boot tu kecik je, ‘live jacket’ pun takde. Huhu ngeri sungguh aku. Tapi aku suka enjin boot tu memang power. Pekak aku, dah la duduk kat belakang skali.


Perjalanan ambil masa 30 minit untuk sampai ke kampung Bahagia. Best kampung ni aman tenang je, kebetulan time tu musin buah, wah lagi best la. Walaupun hampir sehari je duk sane tapi banyak kenangan. Nanti ingat nak buat trip ke rumah abe lagi, ajak ramai lagi lepas ni.

koi Rase…


Skuad Bola sepak Pahang FA

ini adalah pasukan kebanggan koi (FB TokGajah.com).. walaupun rata2 pemain dibarisi oleh pemain muda dan tak glamor, tapi mereka layak ke suku akhir, dan hanya kalah dgn maruah sbb kire jaringan tempat lawan je.. Pahang tetap berjuang hingga ke akhirnye.. lepas ni harapnye mereka boleh menjuarai Piala Malaysia, liga super dan jugak piala Fa.. hehe.. harap pemain ini kekal bersama Pahang, buktikan anda boleh dpt piala dgn pahang.. sbb ramai yang berpotensi menjadi pemain hebat. sblm berhijrah harumkanlah nama pahang dulu.

penyokong setia skuad Tok Gajah...

koi Rase…